Personal Driver Store Assistant

Date PostedJune 3, 2026LocationPenangCompanyF&B RESOURCES PG S/BSalaryRM 2000 - 3000TypeFull-Time

Job Summary

Pekerjaan ini menggabungkan peranan sebagai pemandu peribadi dan pembantu stor. Calon bertanggungjawab memastikan keselamatan majikan semasa bergerak serta menguruskan penyelenggaraan kenderaan. Selain itu, calon perlu membantu dalam pengurusan stok, penerimaan barang, dan penyusunan stor dengan kemas.

Responsibilities

  • Menghantar dan menjemput majikan
  • Menyelenggara kebersihan dan servis kenderaan
  • Menguruskan penerimaan dan penyusunan stok
  • Melakukan pengiraan stok berkala

Required Skills

  • Lesen Memandu Kelas D yang sah
  • Rekod memandu bersih
  • Fizikal sihat dan kuat
  • Kemahiran organisasi stor

Job Details

1. Urusan Pemanduan (Personal Driver) - Menghantar dan menjemput majikan ke destinasi (pejabat, mesyuarat, atau urusan peribadi) dengan selamat dan tepat pada masanya. - Memastikan kereta sentiasa dalam keadaan bersih (basuh & vakum) dan berbau segar. - Memantau jadual servis kereta, pemeriksaan tayar, dan memastikan cukai jalan (road tax) serta insurans sentiasa diperbaharui. 2. Urusan Stor (Store Assistant) - Membantu menerima barang yang sampai, menyemak jumlah barang dengan nota hantaran (delivery order), dan menyusun stok di rak dengan kemas. - Mengambil barang dari stor berdasarkan pesanan dan membungkusnya untuk penghantaran jika perlu. - Memastikan kawasan stor sentiasa tersusun, bebas daripada sampah, dan selamat untuk bekerja. - Membantu melakukan pengiraan stok (stock count) secara berkala untuk memastikan jumlah fizikal sama dengan rekod. Requirements - Mempunyai Lesen Memandu Kelas D yang sah. - Mempunyai rekod memandu yang bersih (tiada saman tertunggak yang serius atau kes mahkamah). - Sihat tubuh badan dan tiada masalah kesihatan kronik (terutama sakit belakang/lutut) kerana kerja melibatkan aktiviti mengangkat, menyusun, dan memunggah barang stor.