Marketing Branding Intern

Date PostedJuly 13, 2026LocationSelangorCompanyRnT Fabric Cleaning ServicesSalaryRM 700 - 1200TypeInternship

Job Summary

Sebagai Pelatih Praktikal Pemasaran & Penjenamaan, anda akan berpeluang memperoleh pengalaman sebenar dalam membangunkan jenama syarikat serta melaksanakan strategi pemasaran digital. Anda akan bekerjasama rapat dengan pasukan bagi menghasilkan kandungan kreatif, meningkatkan kehadiran jenama di platform digital dan menyokong aktiviti pemasaran syarikat.

Responsibilities

  • Menghasilkan kandungan kreatif media sosial
  • Merancang dan menjadualkan kempen pemasaran
  • Suntingan video dan grafik
  • Analisis pasaran dan laporan prestasi

Required Skills

  • Pelajar bidang pemasaran/komunikasi/multimedia
  • Mahir Canva dan CapCut
  • Kreatif dan proaktif
  • Komunikasi Bahasa Melayu dan Inggeris

Job Details

Tanggungjawab Utama: - Menghasilkan kandungan kreatif untuk Facebook, Instagram, TikTok dan LinkedIn. - Merancang dan menjadualkan kandungan media sosial. - Mengambil gambar dan video bagi projek serta aktiviti syarikat. - Mengedit video dan menghasilkan bahan promosi menggunakan Canva, CapCut atau aplikasi berkaitan. - Menulis kapsyen serta bahan pemasaran yang menarik dan sesuai dengan identiti jenama. - Membantu merancang serta melaksanakan kempen pemasaran digital. - Menjalankan kajian pasaran dan analisis pesaing. - Membantu meningkatkan kesedaran jenama (brand awareness) RnT Fabric Cleaning Services. - Memantau prestasi media sosial dan menyediakan laporan asas. - Menyokong aktiviti pemasaran, promosi dan pembangunan jenama syarikat. Requirements: - Sedang mengikuti Diploma atau Ijazah dalam bidang Pemasaran, Komunikasi Massa, Multimedia, Reka Bentuk Grafik, Perniagaan atau bidang berkaitan. - Berminat dalam pemasaran digital, media sosial dan penjenamaan. - Mempunyai kemahiran asas menggunakan Canva, CapCut atau aplikasi suntingan. - Kreatif, proaktif, bertanggungjawab dan mempunyai sikap ingin belajar. - Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan. - Tiada pengalaman bekerja diperlukan. Latihan dan bimbingan akan diberikan sepanjang tempoh internship.