Delivery Driver Internship
Job Summary
Al Jasim Sdn. Bhd. sedang mencari Pemandu Penghantaran (Delivery Driver) untuk menjalankan pengedaran ayam yang telah diproses serta produk gula-gula dan manisan kepada pelanggan perniagaan di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Pekerjaan ini adalah sepenuh masa dengan caruman KWSP, PERKESO dan SIP mengikut peruntukan undang-undang. Calon yang berminat perlu mempunyai lesen memandu yang sah serta sihat tubuh badan untuk menjalankan kerja memuat dan memunggah barangan.
Responsibilities
- Menjalankan penghantaran mengikut jadual
- Memuat dan memunggah barangan
- Memastikan ketepatan invois dan pesanan
Required Skills
- Lesen memandu yang sah
- Lesen GDL (jika diperlukan)
- Sihat tubuh badan dan kuat
- Berdisiplin dan menepati masa
Job Details
Requirements Tanggungjawab:
01 Menjalankan penghantaran kepada restoran, kedai runcit, pasar mini, pasar raya dan pelanggan perniagaan mengikut jadual yang ditetapkan.
02 Mengendalikan kerja memuat dan memunggah barangan dari kenderaan penghantaran.
03 Memastikan barangan dihantar dengan selamat, dalam keadaan baik serta mengikut kuantiti dan pesanan pelanggan.
04 Menyemak invois, nota penghantaran dan dokumen berkaitan bagi memastikan ketepatan setiap penghantaran.
05 Memastikan kebersihan dan keselamatan kenderaan serta mematuhi prosedur pengendalian barangan syarikat.
06 Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan operasi penghantaran seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Syarat Kelayakan:
Mempunyai lesen memandu yang sah dan bersesuaian dengan jenis kenderaan syarikat.
Mempunyai lesen GDL yang sah sekiranya diperlukan bagi kenderaan yang digunakan.
Sihat tubuh badan dan berkemampuan menjalankan kerja mengangkat, memuat dan memunggah barangan.
Bertanggungjawab, amanah, rajin, berdisiplin dan menepati masa.
Mampu bekerja secara berdikari serta bekerjasama dalam pasukan.
Pengalaman dalam bidang penghantaran atau pengedaran barangan merupakan satu kelebihan.
Gaji & Kemudahan:
Gaji bulanan RM1,900 – RM2,100.
Pekerjaan sepenuh masa.
Caruman KWSP, PERKESO dan SIP mengikut peruntukan undang-undang.
Cuti dan kemudahan pekerjaan mengikut Akta Kerja serta peraturan yang berkuat kuasa.