Senior Operations Technical Manager
Job Summary
Jawatan ini bertanggungjawab memimpin keseluruhan jabatan operasi dan teknikal bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan syarikat yang efisien, selamat, dan berkualiti tinggi. Fokus utama merangkumi perancangan strategik, pengurusan penyelenggaraan fleet kenderaan, serta penambahbaikan berterusan operasi pengangkutan. Anda akan memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan peraturan industri serta mengurus bajet dan prestasi pasukan secara keseluruhan.
Responsibilities
- Memimpin jabatan operasi dan teknikal
- Pengurusan strategik fleet dan penyelenggaraan
- Memastikan pematuhan JPJ, APAD, PUSPAKOM
- Mengurus bajet dan prestasi pasukan
Required Skills
- 5-8 tahun pengalaman operasi pengangkutan
- Pengetahuan sistem mekanikal/hidraulik/elektrik
- Kemahiran kepimpinan dan komunikasi
- Mahir Microsoft Office
Job Details
Peranan & Tanggungjawab:
Pengurusan Operasi Strategik
- Mengurus operasi harian perkhidmatan pengangkutan syarikat.
- Merancang dan melaksanakan strategi, SOP dan polisi operasi.
- Memantau prestasi operasi, penggunaan fleet dan kualiti perkhidmatan.
- Menyelaraskan jadual perjalanan, pergerakan fleet dan tenaga kerja.
- Menyediakan laporan pengurusan untuk tujuan analisis.
- Mengurus isu pelanggan dan situasi operasi yang kritikal.
Pengurusan Teknikal & Fleet
- Mengawasi sistem penyelenggaraan semua kenderaan.
- Memastikan servis berkala dilaksanakan dengan baik.
- Memantau kos pembaikan, penggunaan minyak dan prestasi kenderaan.
- Meluluskan kerja penyelenggaraan dan bajet berkaitan.
- Mengurus hubungan dengan bengkel, vendor dan pembekal.
- Memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan optimum dan boleh digunakan.
Pematuhan & Keselamatan
- Memastikan pematuhan penuh kepada JPJ, APAD, PUSPAKOM dan peraturan berkaitan.
- Melaksanakan inisiatif keselamatan fleet.
- Menyiasat insiden, kemalangan atau kerosakan operasi.
- Memastikan dokumentasi lengkap untuk audit.
Kepimpinan & Pengurusan Pasukan
- Memimpin dan membimbing pasukan operasi & teknikal.
- Menilai prestasi dan pembangunan staf.
- Mewujudkan budaya kerja yang positif dan berdisiplin.
- Bekerjasama dengan jabatan lain (HR, Finance, Sales).
Pengurusan Kos
- Mengurus bajet operasi dan penyelenggaraan.
- Memantau kos operasi dan mencari peluang penjimatan.
Kelayakan:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengangkutan, Logistik, Kejuruteraan, Pengurusan Automotif/Kejuruteraan Mekanikal atau kelayakan setara (pengalaman boleh menggantikan kelayakan).
- 5–8 tahun pengalaman dalam operasi fleet/pengangkutan.
- Pengalaman dalam bas pelancong adalah kelebihan.
- Berpengalaman dalam penyelenggaraan, pemeriksaan atau operasi bengkel, diutamakan yang biasa mengendalikan kenderaan berat/bas.
- Pengetahuan asas sistem hidraulik, pneumatik, elektrik dan mekanikal.
- Mampu mendiagnos serta mengesan potensi kerosakan sebelum menjadi isu besar.
- Lesen memandu sah (kelas D/E/PSV/GDL adalah satu kelebihan).
- Teliti, mengutamakan keselamatan dan menepati piawaian kerja.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta mampu bekerja dalam pasukan.
- Kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang kuat.
- Boleh membuat keputusan dan bekerja di bawah tekanan.
- Mahir Microsoft Office.
- Boleh bekerja lebih masa jika perlu.
Faedah:
- Opportunities for promotion.
- Professional development.
- Outstation allowance.
- Mileage claims.
- Panel clinic for self, family (spouse & kids).
- Medical benefits upon confirmation (panel clinic for employee, spouse & children).
- Ongoing training and development.
- Opportunities to attend fleet conferences and industry events locally and internationally.